CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

KE SINGGAHSANA CINTA







Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mardhiah dan pasangannya Affiq yang telah melangsungkan perkahwinan dan sudah pun memegang status sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah... Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat dalam barakah dan rahmah dari-Nya.
Saya dan rakan-rakan sempat menghadiri resepsi mereka di Dewan Komuniti Sentul. Jelas senyum bahagia terpancar di wajah mereka. Syukur kerana mereka mengambil langkah bijak. Cinta antara mereka yang bersemi dalam diri itu diindahkan lagi apabila sama-sama menuju ke singgahsana cinta menyulam hari bahagia.

Wednesday, December 2, 2009

TERUBAT RINDU


Bila pandang je wajah Naim, memang terubat rindu kat dia. Maklumlah. lama jugak tak jumpa. last masa Raya Aidilfitri hari tu.. Dia makin tembam dan berat, mujur larat lagi nak dukung.. Naim yang ceria memang benar-benar menghiburkan hati walaupun bertemu untuk seketika. Inilah anak buah yang keempat... Budak2 zaman skg memang cpt besar...

Thursday, November 19, 2009

MURAH REZEKI


Alhamdulillah. sejak 3 hari ni rezeki memang murah betul... lepas kak Qin belanja KFC malam tu, keesokannya aku ke KFC lagi di Midvalley. kali ini ditaja oleh budak hospital tu pulak. hahaha... jumpa supervisor semalam, dia bagi buku yang aku perlukan sangat tu percuma jugak.. siapa tak gembira kan?? Dan malam tadi sekali lagi mkn KFC yang akak beli.. berKFC lah aku selama 3 hari berturut-turut...

Syukur sgt2. memang murah rezeki...Semoga mereka semua ni sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah...

Saturday, November 14, 2009

HIBURAN MENDIDIK JIWA



Jangan terlalu mendamba cinta manusia kerana cinta manusia boleh berubah-ubah. ada kala baranya seakan tak bisa terpadam, ada waktu dan ketikanya yang lain, seolah diterbangkan angin lalu tanpa sebarang kesan. Selamat merenung. hayatilah bait-bait yang tercoret di dalam lagu ini agar anda akan beroleh manfaatnya.


lagu dendangan Kumpulan UNIC - Keroncong Kasih-sayang

Friday, November 6, 2009

MEMILIH TEMAN

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda:
"Teman yang baik dengan yang buruk diibaratkan seperti seorang penjual minyak wangi dengan seorang tukang yang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi boleh memberi kamu minyak wangi atau kamu membeli daripadanya, dan kamu akan dapat mencium wanginya. Sedangkan berteman dengan tukang pandai besi boleh membuat baju kamu terbakar atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap."

FIKIR-FIKIRKAN & BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK!!!

Monday, October 26, 2009

MUHASABAH

jangan sekali kita merasa bahagia dengan penderitaan orang lain walaupun dia tu adalah orang yang tak disukai... Fikir2kanlah..!

Sunday, October 18, 2009

SENJATA MUKMIN

Doa menolak bala bencana.

Maa syaa’allahu, laa quwwata illaa billah.

“Apa yang dikehendaki Allah (pasti terjadi),
tiada kekuatan kecuali dengan (izin Allah).
Ia pun akan melihat bencana yang terjadi di sebalik nikmat itu
kecuali hal kematian (yang tidak diperlihatkan).

Tuesday, October 13, 2009

JERNIH

Jernih
Jernih yang dari mata airmu
Sebening salju telaga rindu
Di lembah gunung rimba kencana
Mengalir ia tanpa henti

Bersaksikan kejora alam keriangan
Titis embun dingin ke bumi
Mekarlah rumpun hijau disirami kasih
Yang sejati penuh budi
Jernih salju bak syurgawi
Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kala tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri

( korus )
Bak air mengalir yang penuh halangan
Itu bukannya satu alasan
Di situ tersirat sebuah hakikat
Yang kelam jadi terang
Yang luka jadikan terubat
Keegoaan tersembunyi
Di lubuk hati suci...
Dan jernih...(Dan mulus)

( ulang korus )

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kalam tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri
AMUK- JERNIH

Lagu AMUK yg best didengar dan menjadi slh satu lagu kesukaanku..