CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 19, 2009

MURAH REZEKI


Alhamdulillah. sejak 3 hari ni rezeki memang murah betul... lepas kak Qin belanja KFC malam tu, keesokannya aku ke KFC lagi di Midvalley. kali ini ditaja oleh budak hospital tu pulak. hahaha... jumpa supervisor semalam, dia bagi buku yang aku perlukan sangat tu percuma jugak.. siapa tak gembira kan?? Dan malam tadi sekali lagi mkn KFC yang akak beli.. berKFC lah aku selama 3 hari berturut-turut...

Syukur sgt2. memang murah rezeki...Semoga mereka semua ni sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah...

Saturday, November 14, 2009

HIBURAN MENDIDIK JIWA



Jangan terlalu mendamba cinta manusia kerana cinta manusia boleh berubah-ubah. ada kala baranya seakan tak bisa terpadam, ada waktu dan ketikanya yang lain, seolah diterbangkan angin lalu tanpa sebarang kesan. Selamat merenung. hayatilah bait-bait yang tercoret di dalam lagu ini agar anda akan beroleh manfaatnya.


lagu dendangan Kumpulan UNIC - Keroncong Kasih-sayang

Friday, November 6, 2009

MEMILIH TEMAN

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda:
"Teman yang baik dengan yang buruk diibaratkan seperti seorang penjual minyak wangi dengan seorang tukang yang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi boleh memberi kamu minyak wangi atau kamu membeli daripadanya, dan kamu akan dapat mencium wanginya. Sedangkan berteman dengan tukang pandai besi boleh membuat baju kamu terbakar atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap."

FIKIR-FIKIRKAN & BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK!!!