CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 17, 2010

TERGAMAKNYA MEREKA

Hati dihambat sayu tatkala terpandangkan wajah-wajah tua yang masih gigih mencari secicip rezeki. Tanpa paksaan sekalipun, sekalung puji untuk mereka kerana sedia mencurah kudrat tenaga bagi meneruskan kelangsungan hidup ini.

Minda ini terhambat dengan segala macam pertanyaan tatkala membaca paparan berita di dada-ada akhbar dan melalui saluran media elektronik tentang anak yang meninggalkan bapa. Mengapa mereka berbuat begitu? Sudah hilangkah nilai kasih-sayang dalam diri?

Bapa ditinggalkan di jalanan kerana menganggap bapa menjadi beban dalam hidup. Ingatkah mereka bahawa insan itulah yang menjadi tonggak keluarga. Bukankah tugas seorang lelaki sebagai pemimpin, bukannya dipimpin. Mengapa cakap si isteri yang menjadi arah pandu sehingga mengabaikan bapa sendiri? darah daging yang tiada galang gantinya. Lupakah pada dosa yang menanti apabila sekeping hati digurisi?

Ke manakah arah tuju bapa yang ditinggalkan? Tentu sahaja mereka ditempatkan di rumah orang-orang tua. Mungkin itulah tempat yang menjadi persinggahan sementara sebelum dijemput Yang Maha Kuasa ke alam sana...

0 comments: