Hanya pasrah dan redha,
berserah menyerah...
walau begitu payah...
Tuesday, January 19, 2010
BILA WAKTUNYA TIBA
Posted by nurunkisya at 12:01 PM 0 comments
Sunday, January 17, 2010
TERGAMAKNYA MEREKA
Hati dihambat sayu tatkala terpandangkan wajah-wajah tua yang masih gigih mencari secicip rezeki. Tanpa paksaan sekalipun, sekalung puji untuk mereka kerana sedia mencurah kudrat tenaga bagi meneruskan kelangsungan hidup ini.
Minda ini terhambat dengan segala macam pertanyaan tatkala membaca paparan berita di dada-ada akhbar dan melalui saluran media elektronik tentang anak yang meninggalkan bapa. Mengapa mereka berbuat begitu? Sudah hilangkah nilai kasih-sayang dalam diri?
Bapa ditinggalkan di jalanan kerana menganggap bapa menjadi beban dalam hidup. Ingatkah mereka bahawa insan itulah yang menjadi tonggak keluarga. Bukankah tugas seorang lelaki sebagai pemimpin, bukannya dipimpin. Mengapa cakap si isteri yang menjadi arah pandu sehingga mengabaikan bapa sendiri? darah daging yang tiada galang gantinya. Lupakah pada dosa yang menanti apabila sekeping hati digurisi?
Ke manakah arah tuju bapa yang ditinggalkan? Tentu sahaja mereka ditempatkan di rumah orang-orang tua. Mungkin itulah tempat yang menjadi persinggahan sementara sebelum dijemput Yang Maha Kuasa ke alam sana...
Posted by nurunkisya at 12:54 PM 0 comments
Saturday, January 9, 2010
PEDOMAN CINTA
Cinta adalah anugerah terindah. Setiap insan bercinta pasti mekar serinya mengukir senyum tatkala terkenangkan detik bahagia dalam perhubungan mereka. Tapi, adakah detik bahagia itu akan kekal selamanya?
Saya tertarik dengan artikel yang dihantar oleh seorang teman.. Mungkin juga boleh menjadi panduan untuk dikongsikan bersama dengan kalian...
Memberikan cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya. Tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Permulaan dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya menyintai pantulan diri sendiri yang kita tentukan di dalam dia.
Jika badai kecewa melanda bahtera cintamu, jangan sekali berputus asa atau menganggap diri kamu tidak bermakna.
Kerana Sesungguhnya wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...
Posted by nurunkisya at 10:02 PM 0 comments
Friday, January 1, 2010
BANGKITLAH SEGERA
Pertama kali mendengar lagu ini, hati saya sudah tertarik. Bait-bait yang tercoret membawa seribu makna yang perlu dihayati.
Wahai insan, bangkitlah segera dari kealpaan. Dunia ini hanya persinggahan sebelum menuju ke sebuah destinasi yang abadi.
Wali Band - Tomat (Taubat Maksiat)
Posted by nurunkisya at 12:45 PM 0 comments
Thursday, December 31, 2009
KE SINGGAHSANA CINTA
Posted by nurunkisya at 9:44 PM 0 comments
Wednesday, December 2, 2009
TERUBAT RINDU
Posted by nurunkisya at 11:42 AM 0 comments
Thursday, November 19, 2009
MURAH REZEKI
Syukur sgt2. memang murah rezeki...Semoga mereka semua ni sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah...
Posted by nurunkisya at 2:55 PM 5 comments